Post kali ni aku nak story pasal PENANG.
Reason aku buat post pasal negeri ni sebab aku kan Penangite. So aku lebih arif pasal negeri ni banding negeri lain. Sekarangkan cuti sekolah,so mesti banyak yang dah buat list panjang kan. Nii reason aku kenapa korang kena letak Penang dalam list korang.
Penang negeri yang bagi aku if korang datang ROUND ISLAND 10kali pun takkan jemu.
Aku nak mula dengan HOT SPOT!
1. War Museum!!
Aku listkan tempat nii sebagai tempat paling menarik sebabnya ialah :
-Amat disyorkan bagi pencinta sejarah ianya dapat memberi sedikit sebanyak gambaran nyata tentang warisan kehadiran tentera British dan Jepun di Tanah Melayu ketika kancah perang dunia kedua.
-Berbaloi sangat lah dengan harga tiket dan memang puas hati.
-Tempat nii sangat besar, boleh turun berat badan kalau berjalan kat sinii
2. Padang Kota & Fort Cornwallis
Pintu masuknyaa nii.
-Dua-dua tempat nii memang best! COOL sangat untuk korang yang suka tangkap gambar dan bersantai-santai sambil tambah pengetahuan.
-Tempat nii untuk ampa yang memang nak tau sejarah Penang or maybe kisah Sir Captain Francis Light yang dulunya pernah datang sini dulu haa.
-Dengan RM2 tu, ampa memang akan puas hati.
Padang Kota!!
-Sesuai sangat untuk seisi keluarga. Tenang and banyak stall kat situ so ada jugak lah aktiviti sampingan selain bersantai-santai kan.
3. Night Market(Batu Feringghi)
-Memang banyak night market(Pasar Malam) dekat Penang nii. Tapi kalau korang nak bershopping aku memang sarankan night market. Tawar-tawar-Tawar korang akan dapat best price depa tu. Aku pernah dapat perfume dari RM 60 kepada RM 25.
-Korang akan seronok bershopping kat sana aku berani jamin. Kengkawan aku yang aku bawak ke sana memang puas hati.
No comments:
Post a Comment