Tragedi Highland Towers
Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3
blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993.
Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan
terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban
dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok
pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.
Punca runtuh
Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan
Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir
, banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan
yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok
penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh. Kadar air luar biasa
menyebabkab tahap kelembapan tanah, kekuatan struktur tanah, keseimbangan
kandungan bendalir di dalam tanah dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment