Kuala Lumpur: Persatuan Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (MySET) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan pembelian rumah yang menawarkan harga tinggi disebabkan penawaran reka bentuk rumah tidak bersesuaian dengan iklim di negara ini.
Presidennya Prof Datuk Dr Abang Abdullah Abang Ali berkata, ketika ini terdapat pembeli terpengaruh dengan reka bentuk seperti bumbung rata dan dinding cermin yang ditawarkan oleh pemaju dengan harga yang tinggi.
Beliau berkata, kedua-dua reka bentuk berkenaan sebenarnya tidak bersesuaian dengan iklim dan keadaan di Malaysia yang boleh menyebabkan suhu panas di dalam rumah dan keadaan pengaliran air hujan di atas bumbung tidak mengalir dengan baik.
“Sememangnya reka bentuk seperti dinding cermin dan bumbung rata nampak lebih moden berbanding batu dan bumbung berbentuk A tetapi sebenarnya ia lebih bersesuaian dengan iklim dan keadaan di negara ini.

“Tambahan, jika menggunakan cermin sebagai dinding rumah, di Malaysia kita mempunyai tahap pantulan cahaya matahari yang agak kuat dan ini menyebabkan rumah menjadi panas dan penghuni terpaksa memasang penyaman udara bagi menyejukkan kediaman mereka,” katanya.
Dr Abdullah berkata, sekiranya pembeli menggunakan penyaman udara menyejukkan kediaman mereka, ia membabitkan kos penggunaan elektrik dan memberi tekanan kos sara hidup kepada mereka.
“Orang ramai perlu bijak semasa membuat pembelian rumah dan perlu meneliti reka bentuk ditawarkan sebelum membuat sebarang keputusan kerana reka bentuk yang tidak sesuai boleh mengakibatkan mereka menanggung kos untuk sistem pengudaraan dan suhu di dalam kediaman,” katanya.
No comments:
Post a Comment